Thursday, March 10, 2011

CINTA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Cinta: jatuh, bangun,putus,sambung dan bahagia ialah harga yang kita bayar untuk menempuh dewasa dalam hidup. Luka yang tercela, kita ajar akan rawat baik buat hati lara.

Kita ajar diri kita, bagaimana teruk pun kita pernah terluka oleh cinta sesungguhnya ia amat memegang kuat kagum kita padanya. Kita tetap mahukannya. Kita tetap bisikkan bicara bahagia, kita tetap menangis kerana diduga.

Kita tetap mahu cinta. Kita belajar untuk memahami akannya.

Dalam sesuatu perhubungan lelaki dan perempuan,biasanya pada permulaan dalam menyesuaikan diri akan membuatkan perhubungan itu menjadi tegang, tiada sefahaman dan banyak pula salah faham.

Pengalaman itu sendiri, sebenarnya lebih bersikap berdiam diri dan tidak banyak bicara lebih memudahkan payah yang mungkin tercipta. Membenarkan sesuatu yang baru itu hadir dan pada masa yang sama memberi ruang pula padanya untuk membaca baik dan kelemahan kita.

Sangat sukar pada mulanya, keliru akan aturan cerita. Cuba memahami akan kelakuan dan lemah diri sendiri. Tetapi memberi ruang pada jiwa lain pula untuk cuba memahami diri, buangkan jauh rangkaian yang hanya kita dulu yang memahami dan yang paling penting ialah memberikan sepenuhnya cinta itu. Juga membenarkan diri kita belajar untuk memaafkan akan silap salahnya sekiranya ada.

Belajar akan hukum aturan hakikat hidup dan dalamnya akal seorang insan dalam cinta dan perhubungan.

Ada ketikanya manusia begitu terikat dengan aturan dan janji, kadang kala perhubungan itu dicemari dengan terpaksa berselindung demi segala hati lain yang mahu dijaga terutamanya pada orang tua, yang dijanjikan yang baik baik belaka. Kadang kala kerana terpaksa.

Kita menjadi anak serba salah, anak yang tidak mahu berdosa tapi pada masa yang sama kita menjadi anak sunyi yang amat dahaga akan cinta.

Dan sekiranya takdir kita ketika itu tidak dapat menerima silap dan maaf kita, kita berlalulah pergi dengan takdir lain yang menerima kita seadanya.

Tapi, bila masa itu makin berlalu, kita akan mula memahami akan kedewasaan itu dan janji yang perlu manusia itu tunaikan dulu. Kadang kala kita sering terasa terhutang budi pada ibu dan ayah sehinggakan kita merubah segala –galanya sehingga 360 darjah dan melukakan pulahati orang lain yang kita pernah kasihi.

Setiap kedewasaan itu sebenarnya telah pun dibayar oleh harga yang payah dan mahal. Bila kita izinkan diri kita menangis, hiba, ketawa dan tenang sentiasa, kita akan tahu akan ada suatu masa, kita akan amat bersyukur bahawa itulah takdir kita.

Bila kita putus cinta, kita selalu mencari sebabnya. Aku mencari sebabnya mengapa. Tapi bila aku tahu sebab yang berlaku itu ialah survival kita dan janji kita kerana terpaksa atau kerana suratan terhadap kita, jadi kita akan lebih akur bahawa putus cinta itu hanyalah luka untuk mengajar kita akan erti dewasa.

Cinta sebenarnya amat tenang. Itu benar.

Memahami akan cinta baik milik kita dan mungkin juga cinta baik milik kamu semua ialah dengan memahami cinta itu dan belajar dari kesilapan lalu. Cinta ketika kita tahu siapa dirinya, apa sukanya, siapa dengannya, apa makannya, mana perginya dan bila sakitnya.

Cinta dia kepada kita bila kita mohon akan izin darinya, mengikut akan pohon baik katanya, tersenyum akan gurau tawanya, menangis akan susah senangnya dan membenarkan rasa itu ada bersama dengannya dan dengan kita. Rasa cinta itu.

Bila kita putus cinta, halangan, onar, fitnah, buruk sangka, aib akan hadir. Kita akan dikata macam-macam, sedangkan hakikatnya ia hanyalah sebuah suratan.

Manusia jahat dan dengki akan ada di mana-mana. Manusia yang tidak membenarkan ketenangan orang lain membungkus dirinya.Iri hati kerana kita miliki apa yang ingin dimilikinya.

Tapi percayalah, bila setelah satu tempoh yang lama itu berlalu dan yang salah serta buruk sangka itu sebenarnya hanyalah cerita kosong semata-mata, maka hidup itu menjadi indah dan orang akan berlalu tanpa banyak bertanya.

Cinta itu hidup dalam diriku dan nafas tenang dalam jasadku. Aku cinta kamu, manusia yang berdiri kuat dalam takdir diriku, hidupku. Semua yang pegang kuat hati dan jantungku ketika ini, kamu bagai angin dingin aku di subuh hari, bagai embun jernih di siram pada bumi dan bagai pelangi ribuan warna yang terangkan hidup aku setiap hari.

No comments:

Post a Comment